Masalah Vandalisma atau Sikap

Pada 12hb Nov 2008, berlaku kerosakan kepada auto gate di pintu masuk ke pangsapuri. Kerosakan tersebut menimbulkan sedikit permasalahan baru dan isu ini kemungkinan tidak akan selesai sampai disitu sahaja. Banyak persoalan dan jawapan diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Persoalan utama ialah kerosakan ini adakah disebabkan vandalisma, sikap atau kecuaian yang tidak disengajakan.

Saya tidak mahu merungkai permasalahan ini, hanya yang bertanggungjawab sahaja dapat memberi jawapan yang sebenarnya. Terdapat segelintir dari penduduk beranggapan hanya kaedah ini sahaja dapat menyuarakan ketidakpuasan diatas tindakan yang diambil oleh pihak yang lain. Masing-masing mempunyai pendapat yang mungkin tidak akan menepati kehendak masing-masing. Saya tidak nafikan setiap penduduk mempunyai hak untuk memberi pendapat dan kita juga perlu akur tidak semua pendapat dapat diterima. Kita perlu mencapai satu persetujuan secara bersama yang dapat memberi keadilan kepada semua. Setiap penduduk perlu akur tidak akan ada keadilan yang mencapai 100 peratus kepuasan. Janganlah disebabkan pendapat kita tidak dipersetujui, kita mengambil langkah mudah ditambah pula dengan keegoan kita yang sukar menerima pendapat orang lain. Alhasilnya kita semua akan menerima musibahnya.

Siapakah yang perlu bertanggungjawab disebabkan kerosakan ini. Hanya disebabkan nyamuk seekor, kelambu dibakar. Akibatnya bukan sahaja si pemilik kelambu tidak dapat tidur tetapi akan diserang oleh beribu nyamuk-nyamuk yang lain.

Kita perlu memikirkan secara rasional setiap keputusan yang diambil dan kita juga perlu menerima bukan kita sahaja mendiami kawasan ini. Anak-anak kita dan jiran tetangga kita perlu juga dijaga. Cuba kita renungi hadith-hadith rasulullah s.a.w dan ayat-ayat Al Quran yang menekankan konsep toleransi dan bersikap berbaik-baik dengan jiran tetangga kita. Kita semua mempunyai pedomen dan janganlah tunjukkan rasa keegoan kita yang tidak memberi apa-apa makna kebaikan kepada kita semua.

Perlulah kita sandarkan kepada kebesaran Allah dimana keegoan yang mutlak hanya layak untuk Allah sahaja. Sedarkanlah diri kita sendiri adalah hak Allah, belum lagi termasuk rezeki kekayaan kita. Sikap yang tidak sihat atau vandalisma tidak memberi apa-apa keuntungan kepada diri kita, hanya menambah kerosakan kepada kita.

Selain dari itu, kerosakan itu  akan menyusahkan setiap penduduk termasuk diri kita yang pada asalnya kemungkinan untuk memberi kesusahan kepada pihak yang bertanggungjawab.  Lain yang dicadangkan lain yang jadi. Kehidupan kita di dunia ini tidak dapat elak dari memohon bantuan termasuk apabila kita menutup mata. Siapa yang akan membawa jenazah kita ke liang lahad kalau bukan jiran tetangga kita. Rezeki kekayaan kita tidak mampu untuk membawa kita ke liang lahad melainkan mampu memberi kebahagiaan kepada kita dunia dan akhirat jika jalan yang diambil adalah benar.

Saya sendiri pernah menghadapi situasi ini, malahan mereka sendiri merasa malu diatas sikap tersebut dan akhirnya siapa yang rugi. Tiada siapa yang untung disini. Malahan jiran tetangga kita turut merasa ketidakpuasan tersebut dan kita sendiri akan diboikot.

Read the rest »

Sayangi Kemudahan Yang Disediakan

Baru-baru ini saya telah pergi ke Johor Bahru dan bermalam di sebuah unit pangsapuri di Skudai. Kemudahan yang disediakan adalah baik seperti kemudahan sistem keselamatan dimana ia menggunakan sistem kad untuk melepasi setiap bangunan. Ini bermakna penghuni yang ingi ke blok lain agak sukar sedikit tanpa adanya kad pass. Selain dari itu, terdapat 3 buah kolam renang berserta dengan gelongsor meningkatkan lagi kemudahan yang disediakan.

Alangkah bertuahnya penghuni yang mendiami pangsapuri dan mereka semestinya sanggup untuk membayar kos yang lebih untuk mengecapi kemudahan tersebut. Tetapi bagi diri kita, adakah bersedia untuk membayar lebih untuk mendapat kemudahan yang lebih baik.

Walaubagaimanapun ia bergantung kepada kemudahan yang disediakan dan kesanggupan pihak kita membayarnya agar kemudahan tersebut dikekalkan dan diurus dengan baik. Kebanyakan pangsapuri ingin menyediakan kemudahan tersebut, tetapi pihak pembeli agak sukar untuk membayar lebih. Akhirnya kemudahan tersebut tidak diselenggara dengan baik dan kita sebagai pemilik terpaksa melihat keburukan kemudahan yang disediakan. Bukan sahaja ia memburukkan keadaan tetapi ia mengurangkan nilai unit kita dan akhirnya gagal dijual dengan harga yang lebih baik sekiranya kita ingin menjual unit kita. Melainkan sekiranya kita menyewa unit di kawasan tersebut, boleh berpindah apabila kawasan kediaman kita tidak indah.

Bagaimana dengan pembeli yang sudah membeli unit tersebut, terpaksalah menelan apa yang ada melainkan kita semua bekerjasama untuk memperbaiki kemudahan yang disediakan. Oleh itu sayangi kemudahan yang ada di dalam persekitaraan kita dan yang paling penting, asuhlah anak-anak kita untuk menghargainya.

Read the rest »