Bagaimana Kiraan Harga Untuk Perkhidmatan Keselamatan

Disini saya akan memberi garis panduan atau formula untuk menganggarkan harga untuk bajet perkhidmatan kawalan keselamatan. Dalam membuat pengiraan tersebut, kita perlu mengetahui beberapa perkara antaranya ialah :

  • Bilangan Pekerja yang hendak diletakkan dalam kawasan bangunan
  • Jumlah syif yang hendak ditawarkan samada setengah hari (siang atau malam) atau 24 jam.

Dua item diatas perlu dikenalpasti sebelum pengiraan dapat dijalankan. Formulanya ialah :

Bil Pekerja x 12 jam (1 syif) x Kadar harga Per jam x 30.5 hari = Jumlah harga sebulan + tambah  5 % untuk cukai kerajaan. Jadi dapatlah Jumlah sebenar anggaran harga perkhidmatan kawalan  keselamatan

Contoh :

  • Bilangan Pekerja 2 orang
  • Bilangan Syif 1
  • Kadar Harga se jam RM4.50

Formula

2 orang x 12 jam x RM4.50 x 30.5 hari  = RM3,294.00

Cukai Kerajaan 5 %                                 = RM   164.70

Jumlah                                                      = RM 3,458.70

Oleh itu, jumlah anggaran untuk Perkhidmatan Kawalan Keselamatan ialah RM3,458.70

Begitu juga jika bilangan syif yang hendak dilaksanakan adalah 24 jam, maka perubahan hanya terletak pada 12 jam ke 24 jam. Oleh itu jika dijadikan 2 syif atau 24 jam maka harganya ialah RM6,917.40

Read the rest »

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Dari Kacamata Biasa

Pada 15hb Mei 2008, saya telah berbincang peluang perniagaan berkaitan dengan kawalan keselamatan. Di dalam perbincangan tersebut terdapat beberapa idea yang dapat meningkatkan kualiti dalam Badan Pengurusan terutamanya dalam menaikkan imej Bangunan ataupun pengurusan Badan Pengurusan itu sendiri

Saya sendiri tidak memikirkan perkara ini tetapi amat baik difikirkan bersama oleh Jawatankuasa Badan Pengurusan(MC). Saya akan memaklumkan apakah butirannya kelak. Saya pernah mempunyai pengalaman dalam mengurus keselamatan untuk tujuan mengawal keselamatan bangunan.

Kebanyakan dari ahli jawatankuasa Pengurusan Bangunan inginkan kawalan keselamatan yang terbaik tetapi tidak mahu mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan kawalan keselamatan yang berkualiti. Dalam keadaan sekarang terutamanya yang melibatkan penggunaan tenaga pekerja bukan perkara mudah.

Tambahan kenaikan kos kehidupan menyebabkan pekerja keselamatan juga tidak dapat lari dari menghadapi kemelut yang sama. Adakah perlu kita kurangkan gaji mereka sedangkan mereka lebih terdedah kepada masalah jenayah terutamanya yang melibatkan kecurian. Sanggupkah kita menjadi seperti mereka yang sanggup untuk mengorbankan masa tidur mereka hanya semata-mata untuk mengawasi bangunan yang didiami oleh kita.

Selain dari itu, kebanyakan penduduk dan kalangan jawatankuasa Pengurusan Bangunan memikirkan apabila pengawal keselamatan dilantik, mereka bertanggungjawab untuk mengurus bukan sahaja dikawasan sekeliling, malahan di setiap tingkat termasuk masalah kecurian di dalam rumah.

Inilah yang menjadi kesukaran untuk mendapat tawaran yang murah tetapi inginkan perkhidmatan yang berkualiti. Dalam tahun 90an gaji pekerja kawalan keselamatan hanya dalam lingkungan RM2 ke RM3 sejam.Tetapi masuk dalam tahun 2000, gaji pekerja telah naik ke RM4 ke RM6 sejam.Sekarang dalam keadaan kos yang semakin naik, mungkin kos pekerja ini makin naik lagi, ada le.

Read the rest »