Maklumat dari Syarikat Pengurus Harta atau Pemaju

Saya sering mendengar rungutan dari pihak penduduk berhubung maklumat terkini dari pihak yang bertanggungjawab mengurus bangunan. Boleh dikatakan tiada langsung info terkini. Pihak penduduk seolah-olah tidak mengetahui apakah yang terjadi seharian atau bulanan. Apakah pemaju atau pengurus harta tidak menjalankan kerja.

Hatta maklumat berkaitan dengan akaun juga tidak diketahui. Adakah mereka menjalankan kerja dengan baik dan terurus ataupun tidak. Penduduk juga tidak mengetahui hak masing-masing. Mereka juga ingin mengetahui apakah yang sudah terjadi kepada bayaran bulanan yang dikenakan.

Saya ada menghadiri sebagai pemerhati untuk mesyuarat agung luarbiasa berkaitan penubuhan Badan Pengurusan. Salah satu agendanya ialah meluluskan penggunaan sinking fund tanpa menetapkan nilaiannya serta meluluskan peruntukan untuk bayaran elaun kepada AJK Badan Pengurusan tanpa menetapkan nilaiannya juga.

Saya merasakan ada perkara yang tidak kena disini. Walaupun agendanya boleh diusulkan tapi masih ada lompangnya. Siapakah yang akan menetapkan nilaiannya. Bagaimana reaksi penduduk sekiranya nilaian yang ditetapkan tinggi. Bagi saya soal usul yang berkaitan dengan wang sepatutnya diluluskan secara sebulat sepenuhnya oleh penduduk. Sekiranya hanya seorang yang tidak bersetuju, maka usul tersebut tidak boleh diluluskan. Itu pendapat saya, kerana ia melibatkan dana untuk tujuan mengurus dan menyelenggara bangunan.

Saya akur dan bersetuju bahawa AJK yang dilantik wajar diberi sedikit imbuhan sebagai kesusahan dan kepayahan untuk menangani pelbagai isu, tetapi apakan daya ia bergantung kepada persetujuan bersama setiap penduduk.

Selain dari itu, kekurangan hebahan dari pihak pemaju atau pengurus harta menyebabkan penduduk tertanya-tanya berkaitan perumahan yang diduduki. Sepatutnya pemaju ataupun pengurus harta memberi pelbagai info terkini secara tetap agar penduduk mengetahui perkembangan terkini berkaitan dengan bangunan yang diduduki. Saya pasti sekiranya maklumat begini seringkali diadakan, tidak mustahil penduduk mengetahui pemaju atau pengurus harta menjalankan kerja dengan baik dan terurus.

Read the rest »

Salahkan Siapa ?

Hari ini, bertarikh 21hb Julai 2008, saya membaca suratkhabar berhubung kematian menyayat hati seorang kanak-kanak dari tingkat 13. Sehingga kini saya tidak tahu berapa ramaikah kanak-kanak terjatuh dari tingkat yang tinggi yang menyebabkan kematian.

Saya sendiri pernah mengalami peristiwa ini. Tidak perlulah saya menyebut dimana. Alhamdulillah kanak-kanan terbabit selamat. Saya bergegas ke tempat terbabit apabila mendapat berita yang mengemparkan. Kanak-kanak tersebut begitu asyik bermain tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.Maklumlah namanya pun kanak-kanak, seronok bermain sahaja.

Selain dari itu, saya juga mempunyai pengalaman membunuh diri, pasu bunga jatuh, cermin tingkap jatuh,bumbung jatuh, sampah dibuang dan lain-lain peristiwa sebegini. Saya seringkali berpesan kepada penduduk memerhatikan kanak-kanak dan juga pastikan tiada barangan diletakkan di balkoni.

Kita ketahui, kebanyakan penghuni terutamanya para ibu, suka menanam pokok bunga. Oleh itu mereka meletakkan pasu bunga berdekatan dengan tingkap. Kecuaian ini boleh menyebabkan penduduk dibawah terdedah kepada bahaya sekiranya pasu bunga tersebut jatuh.

Selain dari itu pembuangan sampah dari tingkat atas juga boleh menyebabkan kecederaan sekiranya bahan buangan tersebut bersifat keras. Tambahan pula dari tingkat yang tinggi disebabkan tekanan graviti boleh meningkatkan halaju bahan buangan tersebut seperti peluru dan mencederakan orang lain.

Oleh itu, nasihat saya berhati-hatilah disekeliling kita terutamanya barangan yang berada di dalam rumah kita.

Read the rest »

Permasalahan Berkaitan Dengan Pemaju

Mesyuarat bersama Persatuan Penduduk dengan Penduduk pada 7hb Julai 2008 berhubung masalah “guard house” dan ’security bar” merupakan satu isu lagi berkaitan permasalahan di rumah pangsa. Saya tidak mahu merumus dan memanjangkan isu ini, tetapi apakah yang kita dapat berhubung permasalahan ini.Selama pengalaman saya mengurus bangunan bagi pihak pemaju, terdapat beberapa perkara yang dapat dipelajari dari contoh isu ini. Perkara ini seringkali terlepas pandang dipihak pemaju dan saya cukup sedar tentang perkara ini. Permasalahan ini tidak menjadi agak keterlaluan sekiranya pemaju adalah syarikat berasaskan Kerajaan (Government Link Corporation) dimana mereka tidak dapat lari dari permasalahan sosial (social obligation).Saya agak skeptikal untuk mendapat pangsapuri sekiranya dibina oleh pemaju swasta memandangkan akan timbul pelbagai isu kelak terutamanya permasalahan berkaitan dengan kependudukan.

Sikap kebanyakan pemaju yang tidak bertanggungjawab terutamanya yang mementingkan keuntungan semata-mata tidak mahu memandang kepada sudut permasalahan kependudukan kelak menyebabkan pembeli merasa dianiaya.Saya tidak menafikan bukan semua pemaju bersikap begini, tetapi kebanyakan pemaju tidak begitu arif berhubung permasalahan selepas pembeli menduduki rumah mereka. Kebanyakan dari mereka tidak meneliti perancangan sesebuah projek pangsapuri dari sudut Akta Hakmilik Strata. Mereka sepatutnya merancang dan merekabentuk bangunan sesuai dengan peruntukan di bawah Akta Hakmilik Strata. Saya belum lagi menyentuh peringkat rekabentuk dimana kebanyakan rekabentuk pangsapuri tidak mesra selenggaraan (maintainability). Mereka gah dengan kredebiliti “brand name” dan rekabentuk yang canggih dengan nilai estetika yang sungguh menawan. Sesuai pula dengan harga yang agak berpatutan menjadikan kita bertambah ghairah untuk memilikinya tanpa memikirkan risiko yang pembeli akan hadapi setelah mendudukinya kelak.

Siapa yang tidak mahu menduduki pangsapuri yang mempunyai kuantiti yang rendah dengan privasi yang baik.Pernahkah kita memikirkan kesannya kelak apabila kita terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan kemudahan begini.”You pay for it”. Saya sebenarnya ingin memberi sedikit tips berhubung cadangan untuk memiliki pangsapuri sekiranya ada segelintir sahabat kita ingin memiliki rumah kedua atau ketiga atau… (2nd house or..) Antara tips-tips yang boleh kita gunakan untuk memiliki pangsapuri lain ialah :

  • Sekiranya unit Pangsapuri Yang ingin dimiliki mempunyai banyak blok, pastikan “title” nya samada satu “title” atau lebih.Elakkan memiliki unit pangsapuri yang hanya mempunyai satu blok dengan kuantiti yang rendah, melainkan kita sanggup membayar lebih untuk bayaran perkhidmatan
  • Berapakah bayaran perkhidmatan yang dikenakan.Kita kena sesuaikan mengikut kemampuan kita untuk membayar secara bulanan.
  • Sinking fund yang dikenakan.
  • Apakah kemudahan yang disediakan sesuai dengan bayaran perkhidmatan yang dikenakan. Saya pernah berbicara dengan sahabat yang membayar bayaran perkhidmatan sehingga RM400 sebulan disebabkan oleh kuantiti unit yang terlampau rendah.
  • Kredebiliti Pemaju samada baik atau tidak.Tidak banyak pemaju yang membuat pangsapuri malahan kebanyakan dari mereka lebih pakar dalam membina rumah teres atau unit banglo.Walaupun kebanyakan dari pemaju mampu membuat pangsapuri, tetapi yang apa yang dimaksudkan oleh saya ialah membina pangsapuri selari mengikut peruntukan Akta Hakmilik Strata.

Cukuplah dulu tips-tips yang saya senaraikan, saya akan cuba sajikan lagi pandangan lain berhubung permasalahan ini dari semasa ke semasa berdasarkan pengalaman saya. Bukan niat saya untuk mengajar tetapi sebagai sedikit panduan untuk saya dan juga semua

Read the rest »