March 19th, 2009 by admin
Ini merupakan satu lagi masalah yang seringkali terjadi di pangsapuri, dimana terdapat kereta lama yang ditinggalkan di tempat meletak kereta. Perletakan kereta lama tersebut menyebabkan kawasan “parking” menjadi kurang dan tambahan pula ia menyakitkan pemandangan sekiranya kereta tersebut sudah buruk atau berkarat.
Bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini. Nak digunakan atau nak dibeli, layak dijadikan skrap. Untuk mencari tuannya, masing-masing tidak mengaku. Kebanyakannya begitu. Kalau diketahui pemiliknya mudah untuk menegur atau menasihati tetapi belum tentu ia semudah yang dijangkakan.
Saya pernah mengalami situasi ini. Bagaimanakah kaedah untuk menyelesaikan masalah itu. Mungkinkah ada caranya. Kaedah yang digunakan mestilah mengikut asas perundangan yang ada untuk mengangkut kenderaan itu keluar.
kenalpasti status kenderaan tersebut samada ia masih mempunyai cukai jalan ataupun sudah mati. Sebelum itu, kita perlu membuat hebahan ataupun menampal notis di kenderaan tersebut. Sekiranya cukai jalan kenderaan tersebut sudah luput atau tamat tempohnya maka adalah lebih baik kereta tersebut diletakkan di luar dari kawasan taman. Laporkan kepada pihak majlis perbandaran, maka pihak perbandaran yang akan mengangkut kenderaan tersebut, tetapi dengan syarat kenderaan tersebut berada diluar dari kawasan blok. Jika tidak pihak majlis tidak akan bertindak.
Yang paling penting, pastikan kenderaan tersebut sudah tidak mempunyai pemiliknya lagi. kalau tidak perang besar nanti. Kadang-kadang ada manusia menganggap kenderaan tersebut sebagai antik ataupun ada nilai nostalgianya walapun bagi pandangan kita kenderaan tersebut skrap.
Read the rest »
November 28th, 2008 by admin
Masalah tempat meletak kereta merupakan salah satu lagi isu yang biasa kedengaran. Isu bermula semasa diperingkat penyerahan kunci dimana masing-masing akan mula mencari tempat meletak kereta yang berhampiran dengan unit masing-masing. Sekiranya unit rumah dijual sekali dengan tempat meletak kereta, isu masalah tempat meletak kereta mungkin tidak timbul.
Selalunya isu masalah ini timbul apabila tempat meletak kereta adalah hak awam dan penduduk boleh meletak kereta dimana-mana dengan adanya kekosongan dimana-mana, barulah boleh meletak kereta. Yang menjadi masalah ialah individu itu sendiri mula menyatakan lot tempat meletak kereta adalah hakmilik mereka. Saya sendiri pernah mengalami masalah ini dimana terdapat individu yang meletakkan notis diatas kereta saya mengatakan saya sudah meletak di petak kepunyaan beliau.
Saya sendiri hairan apakah bukti bahawa petak tersebut hakmilik beliau. Mereka seolah-olah menganggap lot tempat meletak kereta adalah khusus untuk mereka. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila pihak pemaju mula mengagihkan lot tersebut kepada setiap penduduk tanpa memberi penjelasan sebenar tujuan diagihkan. Ini menjadi mereka menganggap lot yang diberikan sememangnya hak mereka.
Untuk mengatasi masalah ada sedikit jalan penyelesaiannya. Antaranya ialah pihak pemaju ataupun Badan Pengurusan memaklumkan kepada penduduk tentang cadangan penagihan lot meletak kereta dengan kaedah “belotting”. Setiap penduduk akan membuat cabutan dan dari situ akan menentukan agihannya cara tersendiri dan pihak penduduk tidak boleh mempertikaikan keputusan yang diambil secara saksama. Walaubagaimanapun kaedah bukan bermakna penduduk yang mendapatkan lot tersebut mempunyai hak sepenuhnya keatas lot tersebut. Ianya hanyalah bersandarkan kefahaman dan tolak ansur dikalangan penduduk sahaja.
Read the rest »
September 29th, 2008 by admin
Masalah parking di hadapan unit rumah orang terutama penghuni di tingkat bawah selalunya disebabkan oleh kecurian di kawasan perumahan tersebut. Kegusaran pemilik motorsikal menyebabkan mereka terpaksa mengambil tindakan dengan meletakkan motosikal berhampiran dengan unit rumah walaupun tempat meletak motosikal telah disediakan. Selain dari itu, terdapat kes yang lebih ketara dimana pemilik motosikal sanggup membawa motosikal menaiki lif seterusnya meletakkan motosikal mereka berdekatan dengan unit mereka walaupun mereka mendiami tingkat atas.
Tindakan mereka mengundang permasalahan baru dan menyusahkan segelintir dari penduduk disitu. Mereka tidak mempunyai kaedah lain untuk mengatasi masalah ini. Sebenarnya untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengetahui, apakah punca menyebabkan pemilik motosikal mengambil tindakan tersebut. Peranan ini perlu dimainkan oleh Persatuan Penduduk ataupun Perbadanan Pengurusan untuk mendapatkan maklum balas dan adalah lebih baik jika pihak Pengurusan dapat meminta pemilik motosikal memberi idea atau cadangan untuk mengatasi masalah ini. Dengan cara ini dapat membantu pemilik motosikal lebih bertanggungjawab dan juga memahami situasi yang dihadapi oleh penghuni yang terbabit.
Saranan yang lebih baik ialah melalui musyawarah diantara jawatankuasa bersama penduduk yang terlibat. Malahan di bawah Pengurusan Perbadanan adalah lebih baik diwujudkan satu biro yang dikenali sebagai biro keselamatan dimana jawatankuasa ini berbincang dikalangan jawatankuasa bagaimana untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Kaedah yang lebih baik ialah :
1. Mengadakan mesyuarat diantara jawatankuasa biro keselamatan apakah punca dan kaedah penyelesaiannya. Adalah lebih baik sekiranya biro ini (jika ada) membuat hebahan melalui notis berhubung permasalahan ini dan meminta mereka menghadiri bersama ataupun memberi pandangan untuk menyelesaikan.
2. Selain dari itu membuat kaji selidik melalui pengagihan borang kaji selidik bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kaedah mungkin boleh dilaksanakan sekiranya maklumat kajian yang disediakan mempunyai jawapan yang boleh dipilih dan bukannya isi tempat kosong. Mudahkan penduduk untuk mengisikannya.
Selain dari itu terdapat beberapa kaedah yang mungkin boleh digunakan untuk mengatsi masalah ini dimana saya pernah melaksanakannya. Sedikit sebanyak masalah ini dapat dikurangkan, tetapi bersedia untuk menerima teguran atau kemarahan penduduk lain terutamanya yang mempunyai kepentingan. Antara jalan alternatif yang boleh diambil ialah :
a. Laluan atau lorong yang ke bangunan dipasang halangan ataupun “stump” untuk menyukarkan pemilik motosikal untuk membawa motosikal ke dalam bangunan
b. Sekiranya terdapat tempat tertentu seperti tempat berbumbung yang khas untuk motosikal diubahsuai dengan memasang pagar dikeliling tempat tersebut. Kaedah ini mungkin sukar dilaksanakan kerana perlu menyediakan kunci untuk setiap pemilik motosikal.
c. Kunci motosikal sahaja adalah kaedah terakhir yang ada.
Read the rest »