lif memberi imej kepada jenis penduduk yang mendiami

Setiap kali saya menziarahi sahabat atau adik beradik yang mendiami pangsapuri, pastinya tidak dapat lari dari melalui lif. Cuba kita perhatikan setiap lif yang ada. Bagaimana keadaannya, baik ataupun tidak. Bagaimana dengan dinding lifnya dan lantainya. Bagaimana pula dibahagian siling ataupun dibahagian tempat picitnya.

Jarang sekali saya melihat lif berada di dalam keadaan baik melainkan lif di jabatan kerajaan. Majoriti lif penduduk terdapat grafiti, lampu lif rosak, punat tekan lif tercabut dan lain-lain lagi. Apakah maksud yang tersirat. Ini menunjukkan kredibiliti penduduk yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan untuk mereka. Mereka yang menggunakannya, mereka juga yang merosakkan lif tersebut. Tidak mungkin orang luar, walaupun ia boleh dipersoalkan.

Selalunya remaja yang mempunyai tangan yang gatal untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. Bagaimanakah nilai rumah yang diduduki hendak naik jika kemudahan yang disediakan menunjukkan sebaliknya. Rumah cantik tetapi kemudahannya teruk. Tepuk dada tanya selera.

Read the rest »

Berita terkini dari Kuala Lumpur berkenaan masalah lif

Hari ini, jam 1.30 tengahari, 24hb Dis 2008 saya telah melihat berita berkenaan masalah lif di blok dimana kes tersebut telah didengar di tribunal pengguna. Keputusannya berpihak kepada pemaju dimana penduduk gagal mendapatkan kemenangan dalam mengarahkan pembayaran pampasan diatas kegagalan membaiki lif. Alasan yang diberi oleh pemaju adalah kegagalan pihak penduduk membuat bayaran perkhidmatan. Saya tidak begitu mengetahui secara mendalam masalah tersebut, tetapi apa yang dapat saya rumuskan ialah pihak penduduk juga yang menderita diatas permasalahan ini.

Sebenarnya siapakah yang sebenarnya yang rugi. Bagi saya ialah penduduk secara umumnya., tetapi untuk lebih terperinci ialah penduduk yang membuat pembayaran secara tetap setiap bulanan yang lebih terasa. Kegagalan kebanyakan penduduk membuat pembayaran menyebabkan penduduk yang bertanggungjawab membuat pembayaran mendapat kesannya juga.

Dimanakah letaknya keadilan, bagaimana dengan penduduk yang telah membeli rumah tersebut. Atas pengalaman saya, kebanyakan yang gagal membayar perkhidmatan bulanan ialah penyewa. Disamping itu terdapat juga segelintir penduduk yang mempunyai sikap tidak bertanggungjawab dalam membuat bayaran bulanan ini. Malahan mereka inilah yang banyak membuat aduan seolah-olah mereka berhak untuk membuat aduan walaupun mereka sepatutnya merasa malu diatas sikap tidak bertanggungjawab.

Saya merasa hairan mengapakah pemaju tidak mahu mengambil tindakan keatas mereka yang tidak membuat bayaran. Pihak penduduk tidak boleh dipersalahkan 100% melainkan pemaju sudah menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan semua penduduk membuat bayaran selenggaraan bulanan. Mereka juga gagal dalam memberi penjelasan secara bertulis ataupun verbal berhubung pentingnya membayar yuran selenggaraan.

Kebanyakan penduduk jarang sekali membaca Perjanjian jualbeli, dimana di dalam perjanjian tersebut sememangnya jelas menyatakan tanggungjawab pembeli dalam membayar yuran selenggaraan bulanan. Walaubagaimanapun pihak pemaju seolah-olah menganggap pihak penduduk sudah membaca dan memahami klausa yang terdapat di dalam perjanjian jualbeli.

Apo nak dikato, merana badanlah pihak penduduk dan bila sudah mengetahui kesan dari kegagalan setiap penduduk menunaikan tanggungjawab dalam menjelaskan bayaran yuran selenggaraan bulanan, akhirnya memakan diri dan masing-masing cuba menuding jari diatas kesilapan, walaupun diketahui ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan malahan penderitaan sahaja.

Read the rest »