Masalah Tempat Meletak Kereta

Masalah tempat meletak kereta merupakan salah satu lagi isu yang biasa kedengaran. Isu bermula semasa diperingkat penyerahan kunci dimana masing-masing akan mula mencari tempat meletak kereta yang berhampiran dengan unit masing-masing. Sekiranya unit rumah dijual sekali dengan tempat meletak kereta, isu masalah tempat meletak kereta mungkin tidak timbul.

Selalunya isu masalah ini timbul apabila tempat meletak kereta adalah hak awam dan penduduk boleh meletak kereta dimana-mana dengan adanya kekosongan dimana-mana, barulah boleh meletak kereta. Yang menjadi masalah ialah individu itu sendiri mula menyatakan lot tempat meletak kereta adalah hakmilik mereka. Saya sendiri pernah mengalami masalah ini dimana terdapat individu yang meletakkan notis diatas kereta saya mengatakan saya sudah meletak di petak kepunyaan beliau.

Saya sendiri hairan apakah bukti bahawa petak tersebut hakmilik beliau. Mereka seolah-olah menganggap lot tempat meletak kereta adalah khusus untuk mereka. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila pihak pemaju mula mengagihkan lot tersebut kepada setiap penduduk tanpa memberi penjelasan sebenar tujuan diagihkan. Ini menjadi mereka menganggap lot yang diberikan sememangnya hak mereka.

Untuk mengatasi masalah ada sedikit jalan penyelesaiannya. Antaranya ialah pihak pemaju ataupun Badan Pengurusan memaklumkan kepada penduduk tentang cadangan penagihan lot meletak kereta dengan kaedah “belotting”. Setiap penduduk akan membuat cabutan dan dari situ akan menentukan agihannya cara tersendiri dan pihak penduduk tidak boleh mempertikaikan keputusan yang diambil secara saksama. Walaubagaimanapun kaedah bukan bermakna penduduk yang mendapatkan lot tersebut mempunyai hak sepenuhnya keatas lot tersebut. Ianya hanyalah bersandarkan kefahaman dan tolak ansur dikalangan penduduk sahaja.

Read the rest »

Proses Penyerahan dan Pengambilalihan Pengurusan Bangunan

Baru-baru ini saya dijemput untuk memberi sedikit info berhubung proses penyerahan hak pengurusan bangunan kepada Perbadanan Pengurusan yang baru ditubuhkan. Hasil dari pertemuan tersebut, banyaklah isu-isu yang ditimbulkan dan terdapat beberapa perkara yang menimbulkan kesamaran kepada ahli Perbadanan Pengurusan yang baru. Ini ditambah dengan proses penyerahan yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa sedikit panduan kepada ahli jawatankuasa Perbadanan Pengurusan yang telah dilantik. Proses ini dikusutkan lagi apabila syarikat asal yang mengurus bangunan masuk campur dengan tujuan untuk membantu.

Proses ini pada kacamata saya nampak mudah tetapi apabila kaedah penyerahan yang dilakukan tampak kusut ditambahkan lagi dengan agenda disebalik oleh pihak yang ada kepentingan di dalam pengurusan tersebut menyebabkan tanggungjawab sebenar yang sepatut dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa Pengurusan Perbadanan baru nampak pincang.

Perkara utama yang saya nasihatkan kepada mereka ialah kita perlu amanah dan bertanggungjawab keatas pengurusan Perbadanan ini. Kita tidak boleh ambil mudah dengan tanggungjawab tersebut kerana kita tertakluk di bawah undang-undang Hakmilik Strata dimana kita boleh disaman atau menyaman sekiranya kita menyalahgunakan kuasa yang ada. Kemungkinan kita dapat lari hukuman dunia, tetapi bolehkah kita melarikan diri dari hukuman Allah.

Terdapat segelintir kecil dari Ahli Jawatankuasa yang mula gelap mata bila melihat sejumlah peruntukan yang bakal diperolehi walhal ia hanyalah amanah yang dipertanggungjawab kepada kita untuk mengurus sahaja dan bukannya menggunakan untuk kepentingan diri walaupun ia bertujuan baik untuk kemaslahatan penduduk bangunan tersebut.

Tidaklah perlu saya perincikan bagaimana penyelewengan ini dilakukan, tetapi apa yang ingin saya tekankan disini ialah proses penyerahan yang dilakukan oleh pihak pemaju tidak diikuti dengan pendedahan atau memberi sedikit info berhubung tanggungjawab Jawatankuasa Perbadanan Pengurusan tersebut. Akibatnya pemilihan ahli adalah berdasarkan tangkap muat menyebabkan ahli yang dipilih mula merasa bahangnya dan mula kehilangan arah, apakah yang patut dilakukan selepas ini.

Timbul bermacam-macam fikiran dan yang paling ketara ahli jawatankuasa mula mengambil tindakan mudah dengan memohon untuk meletak jawatan kepada pihak pemaju. Persoalan mudah saya ialah, siapakah pemaju yang berhak untuk menerima perletakan jawatan tersebut. Dengan persoalan tersebut, menimbulkan banyak persoalan lain yang memerlukan jawapan yang jelas.

Saya bersimpati dengan keadaan mereka. Saya cuba untuk membantu tetapi tanpa komitmen mereka bagaimana saya dapat membantu. Malahan kebanyakan dari mereka mula mengalah sebelum berperang. Berpusu-pusu meletak jawatan sebelum melaksanakan tanggungjawab. Mereka menganggap diri mereka telah ditipu.

Read the rest »

Pengurusan

Bahagian ini akan menerangkan secara ringkas berkenaan hal ehwal berkaitan dengan pengurusan untuk Badan Pengurusan. Badan Pengurusan atau lebih dikenali dengan Management Corporation atau MC ditubuhkan dibawah Akta Hakmilik Strata dimana segala peruntukan dan perundangan berkaitan dengan Badan Pengurusan tertakluk dibawah akta tersebut. Sehubungan dengan itu terdapat beberapa aspek penting di dalam pengurusan ini dimana ia meliputi aspek :

  • Perundangan
  • Pengurusan Kewangan
  • Pentadbiran

Oleh itu, saya akan cuba memberi serba sedikit garis panduan berhubung dengan 3 aspek.Untuk mendapat keterangan lebih terperinci saya galakkan dapat maklumat dari peguam yang pakar di dalam bidang Badan Pengurusan atau PTG dibawah Hakmilik Strata ataupun buku Akta Hakmilik Strata.

Read the rest »

About Blog

Assalamualaikum.

Halaman blog ini diadakan untuk memberi info dan tips bagaimana untuk mengurus dan menyelenggara bangunan atau blok yang diduduki. Kebanyakan dari penduduk yang dilantik atau bakal dilantik tidak mempunyai panduan atau tunjuk ajar bagaimana untuk mengurus bangunan mereka.

Kebanyakan dari mereka yang dilantik sebagai Badan Pengurusan atau juga dikenali sebagai “Management Corporation” lebih terarah untuk melantik agen untuk mengurus bangunan mereka. Sehubungan dengan itu, saya merasakan perlu adanya satu kaedah atau alternatif untuk membantu mereka yang telah dilantik sebagai ahli di dalam Badan Pengurusan untuk mengurus dan menyelenggara bangunan mereka sendiri tanpa mengharap kepada agen yang dilantik.

Read the rest »