Masalah kereta lama yang tersadai di tempat meletak kereta

Ini merupakan satu lagi masalah yang seringkali terjadi di pangsapuri, dimana terdapat kereta lama yang ditinggalkan di tempat meletak kereta. Perletakan kereta lama tersebut menyebabkan kawasan “parking” menjadi kurang dan tambahan pula ia menyakitkan pemandangan sekiranya kereta tersebut sudah buruk atau berkarat.

Bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini. Nak digunakan atau nak dibeli, layak dijadikan skrap. Untuk mencari tuannya, masing-masing tidak mengaku. Kebanyakannya begitu. Kalau diketahui pemiliknya mudah untuk menegur atau menasihati tetapi belum tentu ia semudah yang dijangkakan.

Saya pernah mengalami situasi ini. Bagaimanakah kaedah untuk menyelesaikan masalah itu. Mungkinkah ada caranya. Kaedah yang digunakan mestilah mengikut asas perundangan yang ada untuk mengangkut kenderaan itu keluar.

kenalpasti status kenderaan tersebut samada ia masih mempunyai cukai jalan ataupun sudah mati. Sebelum itu, kita perlu membuat hebahan ataupun menampal notis di kenderaan tersebut. Sekiranya cukai jalan kenderaan tersebut sudah luput atau tamat tempohnya maka adalah lebih baik kereta tersebut diletakkan di luar dari kawasan taman. Laporkan kepada pihak majlis perbandaran, maka pihak perbandaran yang akan mengangkut kenderaan tersebut, tetapi dengan syarat kenderaan tersebut berada diluar dari kawasan blok. Jika tidak pihak majlis tidak akan bertindak.

Yang paling penting, pastikan kenderaan tersebut sudah tidak mempunyai pemiliknya lagi. kalau tidak perang besar nanti. Kadang-kadang ada manusia menganggap kenderaan tersebut sebagai antik ataupun ada nilai nostalgianya walapun bagi pandangan kita kenderaan tersebut skrap.

Read the rest »