Masalah Tempat Meletak Kereta
Masalah tempat meletak kereta merupakan salah satu lagi isu yang biasa kedengaran. Isu bermula semasa diperingkat penyerahan kunci dimana masing-masing akan mula mencari tempat meletak kereta yang berhampiran dengan unit masing-masing. Sekiranya unit rumah dijual sekali dengan tempat meletak kereta, isu masalah tempat meletak kereta mungkin tidak timbul.
Selalunya isu masalah ini timbul apabila tempat meletak kereta adalah hak awam dan penduduk boleh meletak kereta dimana-mana dengan adanya kekosongan dimana-mana, barulah boleh meletak kereta. Yang menjadi masalah ialah individu itu sendiri mula menyatakan lot tempat meletak kereta adalah hakmilik mereka. Saya sendiri pernah mengalami masalah ini dimana terdapat individu yang meletakkan notis diatas kereta saya mengatakan saya sudah meletak di petak kepunyaan beliau.
Saya sendiri hairan apakah bukti bahawa petak tersebut hakmilik beliau. Mereka seolah-olah menganggap lot tempat meletak kereta adalah khusus untuk mereka. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila pihak pemaju mula mengagihkan lot tersebut kepada setiap penduduk tanpa memberi penjelasan sebenar tujuan diagihkan. Ini menjadi mereka menganggap lot yang diberikan sememangnya hak mereka.
Untuk mengatasi masalah ada sedikit jalan penyelesaiannya. Antaranya ialah pihak pemaju ataupun Badan Pengurusan memaklumkan kepada penduduk tentang cadangan penagihan lot meletak kereta dengan kaedah “belotting”. Setiap penduduk akan membuat cabutan dan dari situ akan menentukan agihannya cara tersendiri dan pihak penduduk tidak boleh mempertikaikan keputusan yang diambil secara saksama. Walaubagaimanapun kaedah bukan bermakna penduduk yang mendapatkan lot tersebut mempunyai hak sepenuhnya keatas lot tersebut. Ianya hanyalah bersandarkan kefahaman dan tolak ansur dikalangan penduduk sahaja.
Tags:management corporation,parking,parking lot















