Selamat Hari Raya
Assalamualaikum semua,
Saya dari pentadbir blog Perbadanan Pengurusan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua penduduk yang beragama Islam Saya memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan selama saya memberi maklumat di dalam blog ini. Mungkin ada yang akan terasa dan terusik diatas segala maklumat yang terdapat di dalam blog ini. Bukan niat saya untuk mengguris hati sesiapa. Cuma untuk memberi sedikit pengalaman yang saya ada untuk dikongsi bersama. Selain itu, saya juga menyusun jari memohon keampunan sekiranya terdapat persoalan yang lambat dan belum dijawab lagi.
Berilah saya sedikit masa dan ruang untuk menyediakan maklumat yang diingini. Kemungkinan juga terdapat maklumat yang tidak menepati kehendak semua. Maklumlah saya hanya manusia biasa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
Saya juga ingin mengingatkan kepada semua agar memastikan semua pintu, tingkap, dapur gas, elektrik dan air sudah ditutup sebelum balik ke kampung. Kereta juga perlu diservis dan berhati-hati semasa memandu. Janganlah kita menambah statistik kemalangan di dalam suratkhabar atau di dalam TV.
Saya juga akan balik ke kampung pada 30hb Sept 2008 dan akan kembali ke Pulau Pinang pada hari Ahad ini. Saya akan kemaskini blog ini selepas ini dan akan cuba memberi info serta maklumat lain. Jumpa lagi.
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
No tags for this post.
















