Maklumat Carta Aliran Wang Tunai
Setiap Perbadanan Pengurusan perlu menyediakan carta aliran wang tunai semasa pembentangan di dalam Mesyuarat Agung Perbadanan Pengurusan. Penyediaan carta aliran wang tunai berkait rapat dengan penyediaan bajet atau belanjawan tahunan yang perlu disediakan secara anggaran. Kegagalan penyediaan carta aliran wang tunai dan bajet akan menyebabkan kesukaran untuk Perbadanan Pengurusan untuk memantau pergerakan aliran wang tunai untuk bangunan yang diuruskan.
Bagaimanakah untuk mengetahui anggaraan pendapatan dan kos selama Perbadanan Pengurusan mengurus bangunan sekiranya tidak dilaksanakan diperingkat awal. Dengan adanya Bajet dan Carta Aliran Wang Tunai, memudahkan ahli jawatankuasa yang dilantik dan juga penduduk berdaftar mengetahui kedudukan kewangan Perbadanan Pengurusan samada kedudukan kewangannya masih stabil ataupun tidak.
Selain dari itu, pihak yang terlibat (Perbadanan Pengurusan dan penduduk berdaftar) mengetahui arah tuju kewangan dimasa akan datang samada semakin bertambah atau semakin susut pendapatan yang diperolehi. Malahan pihak bertanggungjawab mengetahui kos sebenar dan bagaimana untuk mencari alternatif untuk mengurangkan kos serta meningkatkan pendapatan.
Setelah penyediaan bajet dan carta aliran wang tunai dibentangkan di dalam mesyuarat agung kelak. Sebaik-baiknya ia dibentangkan dihadapan penduduk berdaftar dan diluluskan untuk dilaksanakan. Pelan tindakan untuk mengatasi masalah yang bakal dihadapi juga perlu dibentangkan agar semua mengetahui dan akur dengan tindakan yang bakal dihadapi oleh penduduk yang gagal.
Bajet dan carta aliran wang tunai yang telah diluluskan perlu dipantau setiap bulan dan dikemaskini setiap bulan untuk mengetahui perkembangan terkini kedudukan kewangannya. Ianya bukan sekadar gimik untuk menyedapkan pihak yang bertanggungjawab hanya semata-mata untuk tujuan pembentangan semata-mata. Pecahan peratusan setiap aktiviti yang terdapat di dalam bajet perlu dijelaskan agar kita mengetahui kedudukan sebenar kewangan berbanding anggaran yang dibuat. Disamping itu, sekiranya kita boleh jelaskan dalam bentuk graf dan statistik, ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas berhubung kedudukan kewangan Perbadanan Pengurusan.
Setiap dari item di dalam bajet yang telah dikemaskini boleh dijadikan sumber rujukan yang terbaik untuk tujuan penyediaan bajet untuk tahun yang mendatang. Selain dari ia merupakan sumber asli ia juga boleh digunakan untuk tujuan membuat keputusan samada untuk menaikkan atau mengurangkan peruntukan yang baka disediakan. Bahkan dengan mengemaskini carta alirang wang tunai, dapat memberi maklumat kepada Perbadanan Pengurusan mengapakah perkara ini terjadi dan apakah tindakan yang patut diambil. Maka bagi pendapat saya, baik bersedia dari sekarang dari kita menghadapi situasi dimana kita gagal mengurus dan tidak mengetahui kemanakah peruntukan yang diperolehi dibelanjakan. Yang lebih memedihkan bagaimana kita hendak memaklumkan kepada penduduk berdaftar apabila mesyuarat agung tiba dan kita mungkin menghadapi tindakan saman dari penduduk berdaftar.
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!















