September 13th, 2009 by admin
Baru-baru ini berlaku peristiwa yang menyayat hati dimana tiada satu insan yang sanggup menghadapi atau menerimanya. Peristiwa ini menjadi satu tragedi yang sukar dilupakan tetapi bakal dilupai dalam tempoh tertentu. Kejadian anak tersayang atau keluarga tersayang jatuh dari bangunan merupakan salah satu tragedi yang menyayat hati. Tiada siapa yang ingin mengalami mahupun saya sendiri juga tidak sanggup menghadapinya. Walau pelbagai cara kita gunakan untuk memastikan keselamatan mereka tetapi kemampuan kita terbatas.
Acapkali kita lupa melihat keselamatan anak-anak dirumah. Terutamanya apabila kita sibuk dengan hal masing-masing, akibatnya menyesal seumur hidup. Sebenarnya di dalam rumah kita sendiri banyak kawasan yang perlu diawasi dan ditingkatkan keselamatannya. Antara kawasan-kawasan yang dikenalpasti menjadi tempat-tempat yang merbahaya kepada anak-anak kita ialah :
1. Kawasan dapur
2. Kawasan bilik mandi
3. Kawasan Verandah
4. Kawasan Dapur Kering
5. Kawasan singki dapur
6. Bilik Tidur Utama
7. Tingkap
8. Besi Balkoni
9. Plug Elektrik
10. Mangkuk Jamban
11.Tingkap Bilik
12. Katil bertingkat
Cukuplah saya senaraikan kawasan-kawasan yang merbahaya yang berada di dalam rumah kita. Maka waspadalah dikawasankawasan begini dan pastikan anak-anak kita tidak ditinggal keseorangan terutamanya yang masih belum bersekolah. Maksud saya kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah, yang masih belum mempunyai akal yang matang.
Read the rest »
April 15th, 2009 by admin
Hari ini, jam 1.30 tengahari, 24hb Dis 2008 saya telah melihat berita berkenaan masalah lif di blok dimana kes tersebut telah didengar di tribunal pengguna. Keputusannya berpihak kepada pemaju dimana penduduk gagal mendapatkan kemenangan dalam mengarahkan pembayaran pampasan diatas kegagalan membaiki lif. Alasan yang diberi oleh pemaju adalah kegagalan pihak penduduk membuat bayaran perkhidmatan. Saya tidak begitu mengetahui secara mendalam masalah tersebut, tetapi apa yang dapat saya rumuskan ialah pihak penduduk juga yang menderita diatas permasalahan ini.
Sebenarnya siapakah yang sebenarnya yang rugi. Bagi saya ialah penduduk secara umumnya., tetapi untuk lebih terperinci ialah penduduk yang membuat pembayaran secara tetap setiap bulanan yang lebih terasa. Kegagalan kebanyakan penduduk membuat pembayaran menyebabkan penduduk yang bertanggungjawab membuat pembayaran mendapat kesannya juga.
Dimanakah letaknya keadilan, bagaimana dengan penduduk yang telah membeli rumah tersebut. Atas pengalaman saya, kebanyakan yang gagal membayar perkhidmatan bulanan ialah penyewa. Disamping itu terdapat juga segelintir penduduk yang mempunyai sikap tidak bertanggungjawab dalam membuat bayaran bulanan ini. Malahan mereka inilah yang banyak membuat aduan seolah-olah mereka berhak untuk membuat aduan walaupun mereka sepatutnya merasa malu diatas sikap tidak bertanggungjawab.
Saya merasa hairan mengapakah pemaju tidak mahu mengambil tindakan keatas mereka yang tidak membuat bayaran. Pihak penduduk tidak boleh dipersalahkan 100% melainkan pemaju sudah menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan semua penduduk membuat bayaran selenggaraan bulanan. Mereka juga gagal dalam memberi penjelasan secara bertulis ataupun verbal berhubung pentingnya membayar yuran selenggaraan.
Kebanyakan penduduk jarang sekali membaca Perjanjian jualbeli, dimana di dalam perjanjian tersebut sememangnya jelas menyatakan tanggungjawab pembeli dalam membayar yuran selenggaraan bulanan. Walaubagaimanapun pihak pemaju seolah-olah menganggap pihak penduduk sudah membaca dan memahami klausa yang terdapat di dalam perjanjian jualbeli.
Apo nak dikato, merana badanlah pihak penduduk dan bila sudah mengetahui kesan dari kegagalan setiap penduduk menunaikan tanggungjawab dalam menjelaskan bayaran yuran selenggaraan bulanan, akhirnya memakan diri dan masing-masing cuba menuding jari diatas kesilapan, walaupun diketahui ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan malahan penderitaan sahaja.
Read the rest »
November 13th, 2008 by admin
Pada 12hb Nov 2008, berlaku kerosakan kepada auto gate di pintu masuk ke pangsapuri. Kerosakan tersebut menimbulkan sedikit permasalahan baru dan isu ini kemungkinan tidak akan selesai sampai disitu sahaja. Banyak persoalan dan jawapan diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Persoalan utama ialah kerosakan ini adakah disebabkan vandalisma, sikap atau kecuaian yang tidak disengajakan.
Saya tidak mahu merungkai permasalahan ini, hanya yang bertanggungjawab sahaja dapat memberi jawapan yang sebenarnya. Terdapat segelintir dari penduduk beranggapan hanya kaedah ini sahaja dapat menyuarakan ketidakpuasan diatas tindakan yang diambil oleh pihak yang lain. Masing-masing mempunyai pendapat yang mungkin tidak akan menepati kehendak masing-masing. Saya tidak nafikan setiap penduduk mempunyai hak untuk memberi pendapat dan kita juga perlu akur tidak semua pendapat dapat diterima. Kita perlu mencapai satu persetujuan secara bersama yang dapat memberi keadilan kepada semua. Setiap penduduk perlu akur tidak akan ada keadilan yang mencapai 100 peratus kepuasan. Janganlah disebabkan pendapat kita tidak dipersetujui, kita mengambil langkah mudah ditambah pula dengan keegoan kita yang sukar menerima pendapat orang lain. Alhasilnya kita semua akan menerima musibahnya.
Siapakah yang perlu bertanggungjawab disebabkan kerosakan ini. Hanya disebabkan nyamuk seekor, kelambu dibakar. Akibatnya bukan sahaja si pemilik kelambu tidak dapat tidur tetapi akan di
serang oleh beribu nyamuk-nyamuk yang lain.
Kita perlu memikirkan secara rasional setiap keputusan yang diambil dan kita juga perlu menerima bukan kita sahaja mendiami kawasan ini. Anak-anak kita dan jiran tetangga kita perlu juga dijaga. Cuba kita renungi hadith-hadith rasulullah s.a.w dan ayat-ayat Al Quran yang menekankan konsep toleransi dan bersikap berbaik-baik dengan jiran tetangga kita. Kita semua mempunyai pedomen dan janganlah tunjukkan rasa keegoan kita yang tidak memberi apa-apa makna kebaikan kepada kita semua.
Perlulah kita sandarkan kepada kebesaran Allah dimana keegoan yang mutlak hanya layak untuk Allah sahaja. Sedarkanlah diri kita sendiri adalah hak Allah, belum lagi termasuk rezeki kekayaan kita. Sikap yang tidak sihat atau vandalisma tidak memberi apa-apa keuntungan kepada diri kita, hanya menambah kerosakan kepada kita.
Selain dari itu, kerosakan itu akan menyusahkan setiap penduduk termasuk diri kita yang pada asalnya kemungkinan untuk memberi kesusahan kepada pihak yang bertanggungjawab. Lain yang dicadangkan lain yang jadi. Kehidupan kita di dunia ini tidak dapat elak dari memohon bantuan termasuk apabila kita menutup mata. Siapa yang akan membawa jenazah kita ke liang lahad kalau bukan jiran tetangga kita. Rezeki kekayaan kita tidak mampu untuk membawa kita ke liang lahad melainkan mampu memberi kebahagiaan kepada kita dunia dan akhirat jika jalan yang diambil adalah benar.
Saya sendiri pernah menghadapi situasi ini, malahan mereka sendiri merasa malu diatas sikap tersebut dan akhirnya siapa yang rugi. Tiada siapa yang untung disini. Malahan jiran tetangga kita turut merasa ketidakpuasan tersebut dan kita sendiri akan diboikot.
Read the rest »
October 31st, 2008 by admin
Kesibukan dalam melaksanakan beberapa tugasan luar membataskan masa saya untuk mengemaskini blog ini. Kebanyakan masa saya adalah diluar kawasan. Tambahan pula saya juga sedang mengajar secara sambilan disamping mengurus beberapa syarikat yang baru hendak naik menyebabkan masa menjadi semakin singkat.
Di dalam kesibukan tersebut, saya merasakan perlu adanya forum dikalangan ahli-ahli Perbadanan Pengurusan untuk memberi pendapat, pengalaman dan tunjuk ajar berkaitan pengurusan Perbadanan Pengurusan. Saya sedang menyediakan ruang forum ini sedikit masa lagi.
Saya berharap dengan kedatangan forum ini dapat memberi pendedahan di kalangan ahli untuk berbincang sesama sendiri disamping saya akan cuba memberi panduan sebanyak yang boleh berdasarkan pengalaman saya.
Saya juga telah berbincang dengan beberapa sahabat saya berhubung cadangan untuk memberi seminar berkaitan pengurusan Perbadanan Pengurusan. Tetapi cadangan ini masih diperingkat perbincangan. Saya juga sedang merangka untuk memberi kemudahan lain kepada Perbadanan Pengurusan dimasa akan datang.
Read the rest »
September 30th, 2008 by admin

::Kad Ucapan Raya Percuma
Assalamualaikum semua,
Saya dari pentadbir blog Perbadanan Pengurusan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua penduduk yang beragama Islam Saya memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan selama saya memberi maklumat di dalam blog ini. Mungkin ada yang akan terasa dan terusik diatas segala maklumat yang terdapat di dalam blog ini. Bukan niat saya untuk mengguris hati sesiapa. Cuma untuk memberi sedikit pengalaman yang saya ada untuk dikongsi bersama. Selain itu, saya juga menyusun jari memohon keampunan sekiranya terdapat persoalan yang lambat dan belum dijawab lagi.
Berilah saya sedikit masa dan ruang untuk menyediakan maklumat yang diingini. Kemungkinan juga terdapat maklumat yang tidak menepati kehendak semua. Maklumlah saya hanya manusia biasa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
Saya juga ingin mengingatkan kepada semua agar memastikan semua pintu, tingkap, dapur gas, elektrik dan air sudah ditutup sebelum balik ke kampung. Kereta juga perlu diservis dan berhati-hati semasa memandu. Janganlah kita menambah statistik kemalangan di dalam suratkhabar atau di dalam TV.
Saya juga akan balik ke kampung pada 30hb Sept 2008 dan akan kembali ke Pulau Pinang pada hari Ahad ini. Saya akan kemaskini blog ini selepas ini dan akan cuba memberi info serta maklumat lain. Jumpa lagi.
Read the rest »
September 11th, 2008 by admin
Sebagaimana yang kita ketahui, burung merpati adalah burung yang jinak dan seringkali mendiami di kawasan perumahan kita, tidak kira di kampung atau di bandar. Tetapi pernahkah kita memikirkan kesannya sekiranya ia mendiami berhampiran perumahan kita. Bukan sahaja boleh menjejaskan perjalanan kapal terbang semasa di udara, malahan ia boleh menjejaskan kehidupan kita.
Saya sendiri pernah mengalami situasi ini, dimana burung-burung ini telah memasuki ke dalam siling rumah dan mula membina sarang. Situasi ini saya hadapi semasa mengurus kawasan perumahan bertingkat di Bukit Gedong dan kawasan Mahsuri. Saya sendiri terpaksa memasuki kawasan siling untuk melihat sendiri situasi ini. Kawasan sarang tersebut dipenuhi dengan sampah sarangnya dan juga tahi burung termasuk anak burung itu sendiri.
Dengan keadaan tersebut, menyebabkan siling jenis gypsum menjadi lembut disebabkan tahinya yang basah dan akhirnya meninggalkan kesan kepada siling. Malahan lelehannya meliputi dinding unit. Keadaan menjadi bertambah kotor apabila tibanya musim hujan.
Saya sendiri pernah menerima aduan oleh segelintir penduduk berhubung penyakit bawaan tahi burung merpati dan menyebabkan anaknya yang mendiami bilik tersebut mengalami penyakit. Penyakitnya tidak sembuh-sembuh disebabkan tahi burung dan akhirnya berpindah disebabkan kegagalan pihak saya menyelesaikan masalah tersebut.
Saya sudah mengambil pelbagai bentuk tindakan dengan menutup lubang-lubang yang boleh dimasukinya, tetapi mengalami kegagalan disebabkan terdapat kawasan lain yang berlubang yang sememangnya sukar untuk ditangani sekiranya ia melebihi dari 5 tingkat. Hanya untuk menutup lubang tersebut, kos yang terpaksa ditanggung adalah tinggi kerana ia melibatkan penggunaan kren.
Selain dari itu, burung merpati amat gemar membuat sarang berdekatan dengan tangki air dan menyebabkan kawasan tangki air menjadi kotor dan dipenuhi dengan tahi burung. Tambahan lagi kawasan tangki air jarang disiasat menyebabkan kawasan tersebut dipenuhi dengan ulat tahi burung dan mengotorkan lagi kawasan tersebut dan air di dalam tangki air boleh dicemar. Bayangkan keadaan ini. Saya pernah mengurus sebuah bangunan yang dari peringkat awal lagi semasa diduduki tidak pernah menyiasa kawasan tangki air. Apabila saya mengambil alih pengurusan, saya telah membuat pemeriksaan dikawasan tersebut, saya dapati kawasan tersebut menjadi terlampau kotor dan air tangki telah dipenuhi dengan sarang burung. Tahi burung telah menjadi keras dan dipenuhi dengan kulit ulat yang telah bertukar. Saya telah memaklumkan kepada pihak Perbadanan Pengurusan berhubung perkara ini dan mereka terkejut dengan keadaan ini dan seterusnya mengambil tindakan untuk mencuci kawasan tersebut.
Oleh itu pastikan burung merpati tidak mendiami kawasan kita sebagai tempat pembiakan mereka. Punca kedatangan burung merpati ini adalah KITA SENDIRI dimana penduduk suka memberi mereka makanan. Saya sendiri pernah melihat penduduk menyedia setiap hari makanan dengan menabur makanan dihalaman. Apabila perkara ini dilakukan, menggalakkan kedatangan burung merpati dan akhirnya menjadi kawasan tersebut sebagai tempat kediaman mereka. Oleh itu kita bakal mempunyai penghuni baru dan bakal menjadi punca penyakit kepada kita dan anak-anak kita. Penyakit bawaan burung ini amat merbahaya dan pernah menghantui kita terutama di negeri China.Mungkin tuan masih ingat lagi penyakit SARS. Ini merupakan penyakit bawaan dari burung termasuk dari burung merpati. Oleh itu berhati-hatilah dalam kita menyayangi binatang. Tidak salah menyayangi binatang tetapi jangan sampai ia menjejaskan kehidupan kita.
Oleh itu, saya sarankan agar :
1. Memaklumkan kepada penduduk agar jangan menyediakan makanan untuk burung
2. Membuat pemeriksaan terhadap siling, khususnya penghuni di tingkat atas sekali
3. Membuat pemeriksaan keatas tangki air dan kawasan bumbung, terutamanya bumbung jenis rata (concrete roof slab)
4. Memantau aktiviti bumbung merpati yang berada dikawasan kita dan perhatikan dimana mereka bersarang.
Read the rest »
September 8th, 2008 by admin
Baru-baru ini saya telah pergi ke Johor Bahru dan bermalam di sebuah unit pangsapuri di Skudai. Kemudahan yang disediakan adalah baik seperti kemudahan sistem keselamatan dimana ia menggunakan sistem kad untuk melepasi setiap bangunan. Ini bermakna penghuni yang ingi ke blok lain agak sukar sedikit tanpa adanya kad pass. Selain dari itu, terdapat 3 buah kolam renang berserta dengan gelongsor meningkatkan lagi kemudahan yang disediakan.
Alangkah bertuahnya penghuni yang mendiami pangsapuri dan mereka semestinya sanggup untuk membayar kos yang lebih untuk mengecapi kemudahan tersebut. Tetapi bagi diri kita, adakah bersedia untuk membayar lebih untuk mendapat kemudahan yang lebih baik.
Walaubagaimanapun ia bergantung kepada kemudahan yang disediakan dan kesanggupan pihak kita membayarnya agar kemudahan tersebut dikekalkan dan diurus dengan baik. Kebanyakan pangsapuri ingin menyediakan kemudahan tersebut, tetapi pihak pembeli agak sukar untuk membayar lebih. Akhirnya kemudahan tersebut tidak diselenggara dengan baik dan kita sebagai pemilik terpaksa melihat keburukan kemudahan yang disediakan. Bukan sahaja ia memburukkan keadaan tetapi ia mengurangkan nilai unit kita dan akhirnya gagal dijual dengan harga yang lebih baik sekiranya kita ingin menjual unit kita. Melainkan sekiranya kita menyewa unit di kawasan tersebut, boleh berpindah apabila kawasan kediaman kita tidak indah.
Bagaimana dengan pembeli yang sudah membeli unit tersebut, terpaksalah menelan apa yang ada melainkan kita semua bekerjasama untuk memperbaiki kemudahan yang disediakan. Oleh itu sayangi kemudahan yang ada di dalam persekitaraan kita dan yang paling penting, asuhlah anak-anak kita untuk menghargainya.
Read the rest »
June 1st, 2008 by admin
Pada hari ini,11hb Mei 2008, pihak penduduk Taman Blok telah membuat BBQ untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan penghuni blok terbabit. Ini merupakan aktiviti yang dapat mengukuhkan lagi hubungan mesra diantara penghuni serta dapat berbual bersama dimana sebelum ini, masing-masing sibuk dengan kerja.
Pihak Persatuan atau Badan Pengurusan boleh memandang aktiviti dari sudut yang dapat membantu mengeratkan lagi hubungan sesama ahli agar segala aktiviti yang dianjurkan dapat dijalankan bersama. Banyak lagi aktiviti gotong royong dapat dijalankan bersama malah ia dapat membantu mengurangkan kos dalam melaksanakan aktiviti sebegini seperti membuat kutipan bayaran dikalangan penduduk untuk tujuan yang baik.
Aktiviti seperti ini sepatutnya diadakan setiap tahun dan dimasukkan di dalam jadual tahunan untuk aktiviti”entertainment” dikalangan penduduk.Selama saya mengurus dan menyelenggara bangunan untuk Perbadanan pengurusan, jarang agenda ini dijadikan sebagai aktiviti wajib dan dimasukkan di dalam bajet tahunan.
Ingin saya tekankan disini, dengan aktiviti sebegini sekurang-kurangnya dapat memberi impak kepadapenduduk agar dapat bersama-sama memikul tanggungjawab di dalam membantu mengurus bangunan kelak. Ini ditambahkan dengan keadaan ekononomi yang tidak memberangsangkan akan menambah beban kepada penduduk dalam membayar kos bayaran perkhidmatan.
Dengan kaedah ini, pihak Perbadanan Pengurusan dapat memberi maklumat secara tidak langsung melalui aktiviti ini. Saya amat menggalakkan komitmen sebegini kerana ia banyak membantu dan membuat setiap penduduk merasa dekat serta sering mengetahui berita dan maklumat terkini berkaitan aktiviti Badan Pengurusan. Malahan apabila mesyuarat diantara ahli jawatankuasa Perbadanan Pengurusan diadakan,agenda seperti ini sepatutnya dimasukkan ke dalam kalendar tahunan sebagai satu aktiviti yang diadakan setiap tahun.
Read the rest »